Mesyuarat UMNO malam ini bincang manifesto PRU-15

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat tiba di Menara Dato’ Onn, di sini, sekitar pukul 7.40 malam tadi.

Ketika disapa wartawan, beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung malam ini tidak melibatkan ‘Top 5’ parti dan hanya berkaitan manifesto pilihan raya.

“Bukan mesyuarat ‘Top 5’ … mesyuarat lain, mesyuarat berkaitan manifesto,” katanya ringkas ketika ditemui di lobi menara yang menempatkan ibu pejabat UMNO itu.

Selain beliau, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali juga dilihat tiba di Menara Dato’ Onn selang 15 minit.

Tidak dipastikan tujuan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu hadir dan ketika ditanya media, beliau tidak memberikan sebarang jawapan.

Petugas media dilihat sudah mula berkumpul di menara sejak jam 6 petang tadi selepas menerima khabar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan itu namun ia dipercayai berkaitan dengan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melibatkan Perdana Menteri pada petang tadi.

Ahli Parlimen Bera itu juga difahamkan meninggalkan ibu pejabat UMNO sekitar pukul 6.35 petang tadi.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-kabinet mingguan di Istana Negara pada Khamis.

Menurut muat naik Istana Negara di Facebook, majlis menghadap itu merupakan aktiviti rutin antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan isu semasa.

“Mesyuarat pra-kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut catatan tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker