Piala Malaysia 2022: JDT dan KL City FC bakal beretap semula di Final?

 

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang menyaksikan pertarungan antara juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara bertahan Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi final saingan Piala Malaysia.

Menurut undian Piala Malaysia 2022 yang dijalankan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini, JDT dan KL City diundi dalam blok berbeza, menyaksikan kedua-dua pasukan hanya berpeluang bertemu pada final edisi ke-96 atau ulang tahun ke-101 kejohanan berprestij itu, musim ini.
backup_ads

Mengikut undian tersebut, JDT yang juga juara 2017 dan 2019, selaku juara Liga Super akan bertemu pasukan yang bakal menamatkan saingan di kedudukan kesembilan liga pada 15 Okt ini, yang kini dihuni oleh Petaling Jaya (PJ) City FC.

Skuad Harimau Selatan itu seterusnya akan bertemu pemenang antara Kelantan FC atau pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan ke-10 liga.

Cabaran sebenar untuk JDT dijangka pada separuh akhir, apabila bertemu pasukan di tempat ketiga liga, yang boleh menjadi milik Sabah FC, Terengganu FC dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, laluan bagi KL City dijangka lebih sukar kerana sekiranya mengekalkan kedudukan kelima liga, pasukan warga kota itu akan membuka kempen menentang Kelantan United FC, dan bertemu naib juara Liga Super pada separuh akhir.

Namun, jika skuad ‘The City Boys’ turun ke kedudukan keenam, mereka akan dicabar oleh PDRM FC di peringkat 16 pasukan terbaik, dan seterusnya bertemu naib juara liga di suku akhir.

KL City muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat, selepas menewaskan JDT 2-0 pada final tahun lepas.

Saingan Piala Malaysia 2022 akan membuka tirai pada 25 dan 26 Okt ini.

MFL menukar format Piala Malaysia kali ini berikutan kekangan masa dan risiko bencana, menyaksikan saingan akan bermula dengan peringkat 16 terakhir yang berlangsung secara format kalah mati menggunakan aksi timbal balik sehingga separuh akhir, manakala final akan diadakan di venue berkecuali.

Mengikut format sebelum ini, 16 pasukan dari Liga Super dan Liga Premier akan diundi dalam empat kumpulan, dengan dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker