Bau busuk bongkar penemuan mayat

Pasukan bomba melakukan operasi membuka pintu jeriji yang berkunci di Flat Taman Sejati, Sandakan.

SANDAKAN – Bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Sejati, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki tempatan pada petang Rabu.

Mayat lelaki berusia 57 tahun itu ditemui kira-kira jam 2 petang selepas jirannya terhidu bau kurang menyenangkan di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pengadu yang juga jiran lelaki itu bertindak menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

“Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati pintu jeriji berkunci dan meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk masuk ke rumah tersebut.

“Pihak polis kemudian menemui mayat lelaki itu dalam keadaan duduk di atas kerusi di bahagian ruang tamu. Lelaki terbabit dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar harian pada malam Rabu.

Abdul Fuad berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk tujuan bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat terbabit dan setakat ini tidak terkesan sebarang unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah memaklumkan ada melakukan operasi membuka pintu jeriji yang terkunci dan terdapat seorang lelaki yang telah disahkan meninggal dunia di dalam rumah berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker