Untung RM34,000 sebulan jual barang sukan tiruan

Pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP Teluk Intan menyita pelbagai pakaian dan kelengkapan sukan seni bela diri disyaki tiruan dalam serbuan Op Jeriji 3.0 di Teluk Intan pada Selasa. Foto: Ihsan KPDNHEP Pera

TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas kelengkapan seni bela diri berjenama disyaki tiruan bernilai RM80,192 dalam serbuan Op Jeriji 3.0 di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Anson di sini pada Selasa.

Serbuan kira-kira jam 12.40 tengah hari itu dijalankan selepas dua minggu pasukan penguat kuasa KPDNHEP Teluk Intan menjalankan risikan.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, premis terbabit didapati menjual pakaian, peralatan dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal yang disyaki tiruan secara dalam talian.

“Tiga lelaki warga tempatan berusia 30-an disyaki pekerja dan pemilik premis perniagaan terbabit ditahan bagi membantu siasatan.



“Siasatan awal mendapati syarikat tersebut telah beroperasi selama dua tahun dengan memperoleh barangan dari negara China,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, syarikat terbabit meraih keuntungan hampir RM34,000 sebulan hasil jualan barangan yang bermula dari RM7 hingga RM49.

“KPDNHEP Teluk Intan telah menyita kesemua barangan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan barang-barang yang cap dagangan dipakaikan dengan salah,” katanya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker