Misi DART berjaya ubah gerakan asteroid Dimorphos

WASHINGTON  – Misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda DART disahkan berjaya mengubah trajektori asteroid Dimorphos apabila kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merempuh batu angkasa itu pada 26 September lalu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Misi DART, demonstrasi teknologi pesongan berskala penuh, adalah yang pertama di dunia yang dijalankan bagi menyelamatkan Bumi. Misi itu juga menyaksikan kali pertama manusia dengan sengaja mengubah gerakan objek angkasa di angkasa lepas.

Sebelum hentaman, Dimorphos mengambil masa 11 jam dan 55 minit untuk mengorbit asteroid induknya yang lebih besar, Didymos.

Ahli astronomi menggunakan teleskop darat untuk mengukur perubahan orbit Domorphos selepas hentaman itu.

Kini, Dimorphos mengambil masa 11 jam dan 23 minit untuk mengelilingi Didymos. Kapal angkasa DART menukar orbit batu angkasa itu sebanyak 32 minit.

Pada awalnya, ahli astronomi menjangkakan misi DART sudah berjaya jika ia memendekkan trajektori Dimorphos sebanyak 10 minit.

“Misi ini menunjukkan bahawa NASA cuba bersedia untuk menangani apa sahaja yang berbahaya kepada Bumi.

“NASA membuktikan bahawa kita serius sebagai pembela Bumi. Ini adalah detik penting untuk pertahanan planet dan seluruh umat manusia, menunjukkan komitmen daripada pasukan dan rakan kongsi NASA dari seluruh dunia,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker