Vaksin kanser dijangka tersedia menjelang 2030

Vaksin kanser dijangka tersedia menjelang 2030

MAINZ, JERMAN – Saintis-saintis menjangkakan vaksin untuk pesakit kanser akan mula tersedia pada dekad akan datang, lapor akhbar The Sun semalam.

Pengasas BioNTech, Profesor Ugur Sahin dan isterinya, Ozlem Tureci berkata, pembangunan dan kejayaan vaksin koronavirus sebelum ini telah menggandakan usaha mereka dalam menghasilkan vaksin untuk kanser.



“Kami telah mempelajari mengenai cara menghasilkan vaksin yang pantas dan lebih baik. Kami juga mengetahui bagaimana sistem imunisasi bertindak balas.

“Ini sudah pasti mempercepatkan penghasilan vaksin kanser kami.

“Sebagai saintis, kami sentiasa teragak-agak untuk mengatakan bahawa kami mempunyai penawar kanser. Kami telah melakukan beberapa pencapaian dan akan terus melaksanakan kajian,” kata Tureci.

Ketika ditanya mengenai jangka masa vaksin kanser boleh mula didapati, Sahin berkata, ia berkemungkinan sebelum tahun 2030.



Pasangan saintis tersebut mengasaskan syarikat farmaseutikal, BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008 dan berusaha untuk merintis imunoterapi kanser yang disesuaikan dengan keadaan pesakit secara individu.

Penggunaan teknologi mRNA yang dibangunkan mereka muncul ketika pandemik dan menurut pasangan itu, pengalaman tersebut telah membantu memacu kajian mereka. K Online

Vaksin kanser dijangka tersedia menjelang 2030


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker