Teresa Kok ‘mengadap’ Bukit Aman esok
Isu sijil halal.
Teresa Kok ‘mengadap’ Bukit Aman esok
Polis memanggil Teresa Kok ke Bukit Aman esok susulan kenyataannya mengenai kajian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewajibkan sijil halal bagi restoran dan syarikat makanan.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata Ahli Parlimen Seputeh diminta hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 10 pagi, lapor Sinar Harian.
Terdapat beberapa saksi lain yang akan dipanggil antaranya pihak Jakim yang akan ditentukan kemudian, katanya.
Semalam, Razarudin berkata polis memulakan siasatan terhadap Kok selepas pihaknya menerima lima laporan di seluruh negara berkaitan kenyataan itu.
Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Prosedur operasi standard (SOP) siasatan 3R (kaum, agama, raja) akan dijalankan selepas laporan polis diterima dan semua saksi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan, katanya.
Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jakim sedang mengkaji cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal, kecuali premis menjual daging babi atau minuman beralkohol.
Membidas cadangan itu, Kok berkata ia hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.
Katanya, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.
Sebagai respons, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Kok menarik balik kenyataannya dan jika gagal, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung isu 3R.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menegur Kok supaya tidak ‘menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita’.
Katanya, kenyataan naib pengerusi DAP itu bukan pendirian Pakatan Harapan. FMT
Teresa Kok ‘mengadap’ Bukit Aman esok
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati