Isteri, mentua Rishi Sunak miliki kekayaan melimpah-ruah

Isteri, mentua Rishi Sunak miliki kekayaan melimpah-ruah

Isteri berketurunan India kepada Rishi Sunak yang bakal menjadi Perdana Menteri Britain, dilaporkan memiliki kekayaan melimpah-ruah.

Akshata Murty, 42, adalah anak kepada ‘bilionaire’, N R Narayana Murthy, 76, yang merupakan pengasas bersama syarikat gergasi teknologi Infosys pada 1981.



Syarikat mega penyumberluaran itu kini memiliki nilai kira-kira AS$75 bilion, sekali gus membantu transformasi India dalam kepentingan di pentas dunia.

Malah, Narayana merupakan seorang daripada hanya dua individu bukan warga Amerika Syarikat (AS) yang berjaya menduduki senarai ’12 usahawan terhebat pada era kita’ dalam majalah Fortune pada 2012.

Beliau mengalami detik perubahan dalam hidupnya pada 1974 apabila ditahan selama empat malam di Eropah Timur yang dikuasai komunis.

Narayana kemudian dipetik berkata: “Kejadian itu ‘menyembuhkan’ saya daripada seorang berhaluan kiri yang keliru, kepada menjadi seorang kapitalis dengan keazaman tinggi.”



Ibu mentua Sunak, Sudha pula adalah bekas jurutera wanita yang pertama di Tata Motors, selepas membuat aduan melalui poskad kepada pengerusi ketika itu berhubung ketetapan firma berkenaan bahawa ‘calon wanita tidak perlu memohon.’

Dianggap sebagai ‘nenek kegemaran India’, Sudha adalah seorang penulis prolifik dan cukup berkuasa dalam kerja sosial, antara lain menubuhkan kira-kira 60,000 perpustakaan dan membantu pembinaan 16,000 tandas – yang dilihat sebagai bersikap merendah diri walaupun kaya-raya.

Sudha memastikan anaknya, Akshata dan Rohan diberi didikan ketat termasuk tanpa televisyen di rumah, malah bertegas mahu mereka ke sekolah dengan menaiki kenderaan beca sebagaimana pelajar lain.

Pasangan suami isteri itu juga menerima pilihan Akshata untuk berkahwin dengan Sunak yang merupakan anak lelaki kepada doktor.



Dalam sepucuk surat, bapa Akshata menyifatkan Sunak sebagai bijak, kacak dan jujur.

Akshata dan Sunak bertemu di Universiti Stanford, Amerika Syarikat (AS), ketika Akshata melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), manakala Sunak pula adalah penerima biasiswa Fulbright yang memiliki ijazah kelas pertama dari Oxford.

Mereka berkahwin pada 2009 dengan majlis resepsi dihadiri kira-kira 1,000 tetamu, termasuk ahli politik, ahli industri dan pemain kriket. Kini, mereka mempunyai dua anak perempuan.

Akshata memiliki saham bernilai kira-kira AS$700 juta dalam Infosys, sekali gus menjadikannya lebih kaya daripada mendiang Ratu Elizabeth II yang mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan kira-kira AS$460 juta menurut ‘2021 Sunday Times Rich List.’ BH



Isteri, mentua Rishi Sunak miliki kekayaan melimpah-ruah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)



UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker