Mahkamah Rayuan kekalkan Lokman Adam kekal ‘ke dalam’ sebulan

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, kekal dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan hari ini yang menolak rayuan Lokman untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas.

Panel tiga hakim itu turut menolak rayuan silang dikemukakan pendakwaan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tersebut.

Pada 15 Julai 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Lokman selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB.

Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang juga saksi utama dalam kes tersebut.

Bagaimanapun panel tiga hakim itu membenarkan permohonan peguam yang mewakili Lokman, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Che Mohd Ruzima, yang membacakan keputusan hari ini, berkata fakta berhubung perlakuan yang membawa kepada tindakan yang diambil terhadap perayu (Lokman) tidak dipertikaikan kerana ia berpunca daripada satu laporan polis yang dibuat perayu pada 3.24 petang, 25 Sept 2019 dan satu kenyataan media dibuat pada hari sama, pukul 6.33 petang.

Katanya mahkamah telah meneliti laporan polis itu dan transkrip kenyataan media dan hasil penelitian terhadap laporan polis itu, ia boleh diklasifikasikan sebagai satu laporan utama mengikut Seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah.

“Cuma di akhir ayat laporan polis itu yang perlu diberi perhatian oleh mahkamah.

“Ayat tersebut berbunyi ‘adalah tidak masuk akal Datuk Seri Najib orang yang teraniaya akibat namanya digunakan oleh manusia-manusia durjana didakwa mencemar imejnya sedangkan mereka memperoleh manfaat daripada kelakuan jenayah ini bebas dan tidak didakwa pula’ adalah tidak perlu sekiranya perayu benar-benar berhasrat untuk menjalankan kewajipan awam bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Bagi kami perkataan manusia durjana dan mereka yang memperoleh manfaat daripada kelakuan jenayah ini bebas dan tidak didakwa pula sudah tentu merujuk kepada Datuk Amhari Efendi,” katanya.

Hakim Che Mohd Ruzima berkata tindakan perayu membuat kenyataan media mengulas laporan polis dan ditambah dengan ungkapan dan kata-kata yang tidak sepatutnya juga menyebabkan laporan polis yang dibuat oleh perayu tidak boleh dilindungi.

“Kami berpandangan bahawa tiada silapnya keputusan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan perayu bersalah atas menghina mahkamah. Terdapat fakta yang menunjukkan perayu berniat untuk membuat laporan polis dan membuat kenyataan media.

“Mahkamah juga mendapati bahawa tiada silapnya keputusan dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi apabila memutuskan perbuatan-perbuatan perayu telah mengganggu pentadbiran keadilan. Oleh itu, mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan perayu,” kata hakim itu.

Berhubung rayuan silang pendakwaan, Hakim Che Mohd Ruzima berkata tiada alasan munasabah untuk mahkamah mengganggu hukuman penjara yang dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Tinggi.

“Hakim itu telah membuat pertimbangan berhubung kesalahan yang dilakukan, seriusnya kesalahan itu dan kepentingan awam semasa membuat keputusan, Oleh itu, hukuman (penjara) yang dijatuhkan terhadap perayu adalah wajar dan munasabah. Rayuan pendakwaan ditolak,” kata hakim berkenaan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker