Selepas Arau, Jentera BN Jempol pula lumpuh

 

PETALING JAYA: Selepas Arau, kini jentera pilihan raya di Barisan Nasional (BN) Jempol pula lumpuh selepas penyandang kerusi Parlimen itu, Mohd Salim Mohd Sharif didakwa tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut Utusan Malaysia, sebanyak 40 pusat daerah pengundian (PDM) di kawasan Parlimen Jempol ditutup sejak malam tadi.

Setiausaha Umno Bahagian Jempol, Muhamad Zamri Omar berkata, dia kecewa kerana nama yang dipilih sebagai calon Parlimen Jempol bukannya dari nama yang dipilih bahagian itu.

“Kami ada masa mendesak, kami berusaha ke arah itu lebih-lebih lagi Mohd Salim sememangnya sudah terbukti memberikan khidmat terbaik sepanjang satu penggal di bahagian ini.

“Kami bimbang, Parlimen Jempol ini yang sebelumnya merupakan kawasan putih bertukar menjadi kawasan kelabu, semua nak tutup bilik gerakan. Ini bukan ancaman, bukan bantahan, tapi kami mahu Ketua Umno Bahagian Jempol kekal menjadi calon Parlimen ini,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Palong 16, Abdullah Ismail meminta pucuk pimpinan dapat mengekalkan Mohd Salim sebagai calon Parlimen Jempol kerana beliau baru sepenggal berkhidmat di kerusi itu.

Pada sidang media berkenaan, hampir 100 individu terdiri daripada Ketua PDM dan Umno cawangan hadir menyatakan sokongan supaya Mohd Salim dapat dikekalkan.

Pada PRU14, Mohd Salim memenangi kerusi Parlimen Jempol dengan majoriti 1,631 undi menewaskan calon PKR dan PAS.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker