6 cedera, kereta dihempap pokok akibat ribut di KL

6 cedera, kereta dihempap pokok akibat ribut di KL

Enam individu cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Mahkota, Taman Maluri di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1, Mazuri Mat Zain berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 4.07 petang tadi dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Bandar Tun Razak serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerahkan untuk memberi bantuan.

Beliau berkata, kejadian itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal yang dihempap pokok, susulan hujan lebat dan angin kencang.

“Enam mangsa terbabit terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita serta dua kanak-kanak berusia lingkungan dua hingga 70 tahun yang mengalami trauma dan cedera serta dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

“Usaha memotong dan mengalihkan pokok sedang dijalankan bagi membuka laluan terhalang. Operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan. FMT

6 cedera, kereta dihempap pokok akibat ribut di KL


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker