Kes saman Syamsul terhadap dua jabatan agama dijangka selesai

Kes saman Syamsul terhadap dua jabatan agama dijangka selesai

Kes saman melibatkan pengarah filem kontroversi Syamsul Yusof, Ira Kazar, dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dijangka selesai Julai ini.

Ia selepas Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Shamsul Md. Yusof , 39, dijangka akan menarik semula saman yang difailkan terhadap dua jabatan itu.

Perkara itu disahkan peguam, Datuk Adnan Seman yang mewakili MAIWP selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Aisyaf Falina Abdullah di sini hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Berdasarkan carian, Syamsul memfailkan saman itu pada 28 Mac lalu dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd. Haris Abdllah, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail dan MAIWP selaku defendan pertama hingga ketiga.

Menurut penyataan tuntutannya, Syamsul mendakwa pada 20 Disember 2022, ibunya Datin Patimah Ismail telah menyerahkannya sekeping gambar melalui WhatsApp antara lainnya memaparkan nama isterinya, Faghira Fatini, no kad pengenalan wanita itu, sebahagian tandatangan Ira dan sebahagian keterangan yang diberikan Ira sewaktu dipanggil oleh Jawi.

Syamsul mendakwa keterangan itu menggambarkan bahawa dia dan Ira telah menjalinkan hubungan sulit di antara 2019 dan 2021.

Ira bagaimanapun menafikan dia telah memberikan keterangan sedemikian ketika dipanggil untuk siasatan berkaitan gangguan orang ketiga yang difailkan oleh bekas madunya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Satu laporan polis berhubung penyebaran keterangan berbaur fitnah itu turut dibuat Ira pada 23 Disember 2022.

Sehubungan itu, pengarah filem Mat Kilau itu mendakwa, beliau telah dimarahi ibunya sehingga mengeluarkan kata-kata yang mengguris perasaannya dan turut mengakibatkan Syamsul mengalami tekanan perasaan.

Syamsul juga mendakwa penyebaran itu dilakukan bagi memalukan, mengaibkan dirinya dan berniat jahat.

Oleh itu, Syamsul memohon deklarasi bahawa kenyataan yang disebarkan itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kesemua defendan telah merakam dan menyebarkan keterangan itu.

Beliau turut memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, menurut pembelaan Mohd. Haris, beliau menyatakan telah mengambil alih siasatan ke atas Ira selepas pegawai penyiasat asal telah berpindah ke Perak.

Tambahnya, siasatan awal selepas aduan Puteri Sarah diterima dibuat oleh Pegawai Penyiasat Jawi, Mohd. Azmi Masjuri.

Ujarnya, siasatan lanjut yang dijalankannya adalah mengikut Seksyen 59 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan sebelum rakaman percakapan dibuat, Ira juga telah diberikan penerangan mengenai proses rakaman itu.

Selesai rakaman dibuat dan selepas ia ditukarkan ke dalam bentuk tulisan, Ira telah diberikan dokumen terbabit untuk dibaca dan membuat pembetulan sebelum menurunkan tandatangannya.

Kesemua dokumen membabitkan siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk arahan selanjutnya.

Selain itu, Mohd. Ajib memaklumkan, pihak Jawi telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas menerima aduan daripada Ira berhubung penyebaran kenyataan itu.

Defendan-defendan menafikan bahawa mereka telah merakam dan menyebarkan keterangan Ira melalui WhatsApp.

Sebelum ini kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. K Online

Kes saman Syamsul terhadap dua jabatan agama dijangka selesai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker