BN Janji Pulih Semula Dasar, Falsafahnya Jika Kembali Mentadbir

BN Janji Pulih Semula Dasar, Falsafahnya Jika Kembali Mentadbir

BN Janji Pulih Semula Dasar, Falsafahnya Jika Kembali Mentadbir

Kerajaan BN sebelum ini menempa pelbagai kejayaan dalam segenap sektor untuk negara tanpa sedikit pun berkompromi mengenai soal kesejahteraan hidup rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sepanjang era pentadbirannya tidak pernah mengabaikan kebajikan dan kepentingan rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun.



Ini diakui Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan, kerajaan BN sebelum ini menempa pelbagai kejayaan dalam segenap sektor untuk negara tanpa sedikit pun berkompromi mengenai soal kesejahteraan hidup rakyat.

Kata beliau, walau apa juga krisis atau ancaman, kerajaan BN mengendalikannya sehabis baik tanpa menggadai kemakmuran rakyat.

“Keseimbangan antara tuntutan negara dan keperluan hidup masyarakat sentiasa menjadi asas pentadbiran kerajaan BN. Kerana itu kita pernah memperkenalkan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dalam pentadbirannya.

“Prinsip ini merupakan kesinambungan kepada konsep “Cemerlang, Gemilang, Terbilang” sebagai sebuah gagasan kejayaan yang seimbang.

“Bagaimana kerajaan BN mampu mencakna dan menzahirkan falsafah ini? Kerana sentiasa berpegang teguh kepada objektif penubuhan parti BN,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.



BN Janji Pulih Semula Dasar, Falsafahnya Jika Kembali Mentadbir

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, BN berpegang teguh kepada tujuan penubuhannya untuk memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia hormoni serta bersatu-padu.

Katanya, BN juga berusaha mencapai pembangunan jasmani dan rohani serta mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Namun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana juga dalam Persekutuan.



“Kita juga menegak dan mengamalkan prinsip Rukun Negara serta mewujudkan suatu masyarakat adil dan saksama, selain sentiasa berusaha mengeratkan perhubungan dalam kalangan ahli BN kerana tanpa kesatuan yang mantap mustahil keberhasilan itu tercapai.

Kerajaan BN memelihara semangat demokrasi

“Dalam masa sama, kerajaan BN memelihara semangat demokrasi dalam keadaan apa sekali pun. Demokrasi Berpalimen menjadi tunjang pentadbiran,” katanya.

Kerana itu, ujar beliau, kerajaan BN pada 2018 pernah menegaskan zaman kerajaan betul semua telah berlalu, manakala era kerajaan tahu semua juga telah berlalu.

Kerajaan BN, katanya, perlu mendengar suara, pandangan dan denyut nadi rakyat supaya dapat diharmonikan dengan keperluan negara.



Bahkan, menurut Presiden UMNO ini, semua dasar dan falsafah kerajaan BN telah terbukti sebagai ramuan terbaik dalam sebuah pentadbiran yang seimbang demi kemakmuran negara serta rakyat.

“Malangnya, ia telah dikaburi sekabur-kaburnya dalam peperangan persepsi maha hebat oleh musuh politik BN semasa PRU-14.

“Insya-Allah, sejurus BN kembali mentadbir negara apabila tiba masanya nanti, dasar dan falsafah itu kita “restore” semula dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan,” katanya-BNNewsOnline

BN Janji Pulih Semula Dasar, Falsafahnya Jika Kembali Mentadbir


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Genap 3 tahun BN jatuh, rakyat kena tipu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker