Tumbuk pelanggan, pekerja restoran nasi kandar didenda RM1,500

Tumbuk pelanggan, pekerja restoran nasi kandar didenda RM1,500

Lelaki yang menumbuk seorang pelanggan di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Negeri Sembilan pada 5 Mei lalu dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini.

Mohd Isa Ramliee, 21, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.



Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 5 Mei, jam 1 pagi bertempat di sebuah restoran nasi kandar di Bahau dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhamad Shahrul Nizam Mohd Yusni, 30.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, lapor Berita Harian.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara hingga 12 bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh boleh dipenjara selama sembilan.



Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Tumbuk pelanggan, pekerja restoran nasi kandar didenda RM1,500


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen



Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker