Jadual padat menanti Ismail di Washington

Jadual padat menanti Ismail di Washington

Jadual padat menanti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setibanya di sini, hari ini sebelum menghadiri mesyuarat peringkat tinggi dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata Perdana Menteri akan menyertai Biden, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan pemimpin ASEAN lain dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang berlangsung selama dua hari di sini, bermula Khamis ini.



Semua 10 pemimpin ASEAN dijadualkan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak khas itu kecuali dari Filipina dan Myanmar.

“Saya difahamkan, wakil Myanmar tidak dijemput manakala Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tidak hadir sebab pilihan raya umum di negaranya,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Dilaporkan bahawa Jeneral Kanan junta Myanmar, Min Aung Hliang tidak dijemput susulan insiden rampasan kuasa di negara itu pada 1 Februari 2021.

Biden akan menghoskan majlis makan malam untuk pemimpin ASEAN di Rumah Putih pada Khamis (Jumaat di Malaysia).



Presiden AS itu dijadualkan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dengan pemimpin ASEAN di Jabatan Negara pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Saifuddin berkata, ini adalah Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS kedua yang dihoskan oleh Presiden AS di sini selepas Presiden Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN ke negara itu pada 2016.

Saifuddin berkata, sidang kemuncak khas itu juga menandakan ulang tahun ke-45 hubungan dialog ASEAN-AS.

Beliau berkata, Harris akan turut mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN mengenai pelbagai isu termasuk kesihatan, kerjasama maritim, perubahan iklim dan tenaga bersih pada Jumaat (Sabtu di Malaysia) di Jabatan Negara.



“Perdana Menteri dijangka menekankan kepaksian ASEAN dalam kerjasama ASEAN-AS di sidang kemuncak itu,” katanya.

Saifuddin berkata, pemimpin ASEAN dijangka membangkitkan, antara lain, isu kepentingan rantau itu dalam perdagangan, ekonomi dan teknologi pada perbincangan itu.

Sidang kemuncak itu dijangka mengeluarkan Kenyataan Wawasan Bersama yang akan menekankan komitmen dan aspirasi bagi meningkatkan kerjasama ASEAN-AS demi kepentingan keamanan yang berkekalan, kestabilan keselamatan dan kemakmuran bersama untuk semua pada penghujung mesyuarat peringkat tinggi itu. BH

Jadual padat menanti Ismail di Washington




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’



Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker