Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas

Kupoe mendakwa dia mampu menjadi halimunan ketika mencuri. – KhaoSod

Seorang pencuri berusia remaja di Thailand  yang percaya dia mempunyai kebolehan untuk menjadi halimunan,  akhirnya diberkas polis selepas cuba melarikan sebuah motosikal, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian di daerah Ban Dung, wilayah Udon Thani itu, suspek, Kupoe, 19, ditangkap penduduk kampung yang mengejarnya.

Ketika menyelongkar beg yang dibawanya, penduduk menemui pelbagai barangan lain yang dicuri termasuk pokok ganja, batu pengisar traktor dan bajak papan acuan traktor.

Turut ditemui adalah bunga lily, gelang tangkal Buddha dan wang kertas nominasi 100 baht yang didakwa suspek mampu membuatkan dia tidak dapat dilihat oleh  mata kasar semasa mencuri.

Menurut suspek, dia dan rakan subahatnya, Not  telah mencuri tiga buah motosikal sebelum melihat motosikal keempat yang diletakkan  di luar sebuah rumah dengan kunci yang ditinggalkan.

Ketika cuba melarikan kenderaan itu, pemiliknya menyedari perbuatan mereka lalu menjerit, yang menyebabkan orang ramai mengejarnya.

Not bagaimanapun lolos menggunakan motosikal tersebut, manakala Kupoe berjaya ditangkap. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker