Treler hilang kawalan rempuh 8 kenderaan lain di Karak [VIDEO]

PETALING JAYA: Sebuah treler yang hilang kawalan merempuh lapan kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (LRK) berdekatan Bentong hari ini.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian jam 9.30 pagi tadi, membabitkan dua MPV jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima kereta jenis Perodua Axia, Perodua Myvi, BMW, Toyota Vios, Proton Saga, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah treler jenis Volvo.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati lori treler yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun datang dari arah Kuala Lumpur telah hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.



“Pemandu treler mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan dahi, manakala pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Utusan Malaysia.

Zaiham berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 dan boleh dipenjarakan dalam tempoh tidak lebih 12 bulan.

“Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya dapat tampil membantu polis untuk membuat siasatan.

“Saya menasihati orang orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik sebelum memulakan perjalanan,” katanya.



Treler hilang kawalan rempuh 8 kenderaan lain di Karak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker