PRN Johor: Tiada Cadangan Kerjasama Amanah-Pas,”Every Week Dia Akan Ubah Pendirian Dia”-Mat Sabu

PRN Johor: Tiada Cadangan Kerjasama Amanah-Pas,”Every Week Dia Akan Ubah Pendirian Dia”-Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah berbincang untuk membentuk kerjasama bersama Pas bagi menghadapPilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Mohamad Sabu menegaskan, setakat ini topik mahupun isu berkenaan tidak pernah dibangkitkan apatah lagi untuk dibincangkan.



Jelasnya lagi pihaknya juga tidak pernah menawarkan diri untuk membentuk kerjasama bersama parti berkenaan.

“Tak ada… sekarang ini kita belum bincang sebab pemimpin macam inilah susah kita nak pegang (pendirian)… every week dia akan ubah pendirian dia… jadi kita tak boleh pegang apa yang dia nak bercakap minggu depan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah politik di sini, malam tadi.

Terdahulu media melaporkan Pas akan bekerjasama dengan Amanah untuk menghadapi PRN Johor jika parti tersebut meninggalkan DAP.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dilapor berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan bekas pemimpin Amanah supaya Pakatan Harapan (PH) menghulurkan bantuan kepada Pas dan Bersatu dalam PRN Johor.

Dalam pada itu Mohammad berkata persiapan awal untuk menghadapi PRN Johor bersama gabungan yang lain dalam PH berjalan lancar.-AA



PRN Johor: Tiada Cadangan Kerjasama Amanah-Pas,”Every Week Dia Akan Ubah Pendirian Dia”-Mat Sabu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker