Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat

Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat

Kekurangan fokus dalam Bajet 2022 untuk mengembalikan simpanan masa persaraan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) “sangat membimbangkan”, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana sebanyak 46% ahli yang berusia di bawah 55 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka.

“Apa akan terjadi kepada golongan paling terkesan ini semasa persaraan nanti?”

Mohamad berkata, jika isu itu tidak ditangani, ia akan membebankan kerajaan dalam tempoh jangka panjang.

Ketika pandemik, kerajaan telah membenarkan 8 juta pencarum KWSP mengeluarkan simpanan sehingga RM10,000 seorang – iaitu berjumlah RM70 bilion – daripada simpanan masing-masing setakat tahun ini.

Walaupun Mohamad memuji bajet itu sebagai bersifat inklusif, terutama dari segi peruntukan kepada golongan paling terkesan akibat pandemik, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan pelaksanaan rancangan itu dilakukan secara berkesan.

Katanya, kerajaan juga perlu memastikan bajet itu diagihkan dengan berkesan, telus dan segera.

“Pengagihan yang kemas dan segera akan merancak ekonomi negara dan menyokong pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan bajet berjumlah RM332.1 bilion yang sebahagian besarnya diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker