Tan Sri James Jemut Masing Meninggal Dunia Selepas Disahkan Positif Covid-19 — MYKMU.NET

Tan Sri James Jemut Masing Meninggal Dunia Selepas Disahkan Positif Covid-19

Sebaran :

Tan Sri James Jemut Masing Meninggal Dunia Selepas Disahkan Positif Covid-19
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dilapor meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Mendiang dipercayai meninggal dunia di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.
Mendiang ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut dan laporan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
BERITA LANJUT MENYUSUL

James Jemut Masing positif COVID-19, kini dirawat di HUS

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Masing secara ringkas kepada Astro AWANI pada Selasa.
“Ya, saya disahkan positif COVID-19 hari ini. Saya mengalami gejala demam, selesema sebelum menjalani ujian RT-PCR dan disahkan positif,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP ketika berada di kawasan umum dan memandang serius mengenai COVID-19.
“Tolong ikut SOP di mana saja anda berada, segara dapatkan vaksin,” katanya.
Terbaharu, James Jemut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Tan Sri James Jemut Masing Meninggal Dunia Selepas Disahkan Positif Covid-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: