Bajet RM5.2 bilion bagi Sabah tak cukup – Bung

Bajet RM5.2 bilion bagi Sabah tak cukup – Bung

Peruntukan RM5.2 bilion kepada Sabah dalam Bajet 2022, masih tidak mencukupi bagi memandangkan banyak masalah infrastruktur dan keluasan negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin.

Bung yang juga Ketua Umno Sabah, berkata peruntukan pembangunan berkenaan bagi negeri ini dalam Bajet 2022 diharapkan dapat ditambah antara 10 hingga 15% daripada jumlah diberikan.

“Ini kerana banyak keperluan pembangunan bekalan air, jalan raya, jambatan dan elektrik yang masih diperlukan di kawasan luar bandar Sabah lebih-lebih lagi saiz Sabah agak besar,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika pengumuman Bajet 2022, berkata Sabah menerima peruntukan berjumlah RM5.2 bilion, manakala Sarawak mendapat RM4.6 bilion, bagi melaksanakan projek bekalan air, elektrik dan jalan raya, termasuk pendidikan dan infrastruktur kesihatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berkata walaupun banyak projek dibiayai melalui bajet tahun depan, masih ada lagi yang perlu ditambah berdasarkan keperluan semasa di Sabah.

“Memang kita tidak nafikan kerajaan pusat memberi keutamaan untuk melaksanakan projek mendesak seperti menaik taraf sekolah daif tetapi masih ada lagi yang perlu diberikan perhatian, sebab itu kita perlukan lebih banyak peruntukan,” katanya.

Selain peruntukan RM5.2 bilion itu, kerajaan turut memperuntukkan RM746 juta untuk menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, dengan 112 disasarkan di negeri ini.

Dalam pada itu, Bung berkata, kerajaan persekutuan juga perlu memberi perhatian kepada usaha mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Katanya, pemberian peruntukan berdasarkan pakej demi pakej dengan hanya satu atau dua pakej dilaksanakan setahun melambatkan penyiapan projek itu. FMT

Bajet RM5.2 bilion bagi Sabah tak cukup – Bung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker