Najib Gesa Had i-Citra Naik Ke RM10,000, “Mereka Bukan Suka-Suka Mahu Keluarkan Wang KWSP”

Najib Gesa Had i-Citra Naik Ke RM10,000, “Mereka Bukan Suka-Suka Mahu Keluarkan Wang KWSP”

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menggesa kerajaan agar menaikkan had maksimum pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Citra kepada RM10,000, berbanding RM5,000.

Membahaskan Bajet 2022 hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, peningkatan had tersebut adalah sebagai skim pengeluaran khas terakhir memandangkan ia amat dituntut oleh rakyat kerana keperluan yang mendesak akibat pandemik COVID-19.



Menurut bekas Perdana Menteri itu, ada dalam kalangan mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil selain menyelesaikan tunggakan hutang.

“Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang caruman mereka. Justeru, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikan ke RM10,000.

“Sebagai mengimbangi pengeluaran ini, kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Najib berkata, antara langkah yang boleh dilakukan termasuk membantu KWSP meraih pendapatan dengan memberikan projek-projek yang lebih lumayan dalam tempoh pasca COVID-19.

“Oleh itu, ini selaras cadangan saya tadi, projek Bandar Malaysia perlu diberikan kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan syarat projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR KL-SG) dikembalikan dengan konsep, asal yakni Singapura ke Bandar Malaysia dan tidak dari Johor Bahru ke KLIA,” ujarnya lagi.



Selain itu, Najib juga mencadangkan agar menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum, selain mengesyorkan pembayaran dividen KWSP secara struktur berperingkat atau ‘multi-tier dividend structure‘.

“Keadah bayaran dividen secara ‘multi-tier dividend structure‘ ini perlu diperluaskan ke tabung-tabung simpanan lain seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Tabung Haji agar matlamat merapatkan jurang pendapatan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan tercapai,” ujar bekas Menteri Kewangan itu lagi.-Awani

Najib Gesa Had i-Citra Naik Ke RM10,000, “Mereka Bukan Suka-Suka Mahu Keluarkan Wang KWSP”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker