Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam

Filem Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam

Rakyat Malaysia sememangnya disarankan untuk menonton filem terbitan tempatan bagi menyokong industri seni namun adakah ia berbaloi untuk ditonton jika melihatkan poster pun seperti ‘tiada selera’?

Begitulah kritikan yang dilemparkan peminat filem dan drama apabila sebuah poster filem terbaru berjudul Rumah Madu Ku Berhantu menjadi tular kerana pembikinan poster yang didakwa ala kadar ataupun ‘tangkap muat’ semata-mata.



Menjengah ke ruangan komen Facebook terutamanya, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan kualiti filem Melayu yang seolah-olah sama sahaja dan tidak mengalami sebarang perubahan meskipun sering saja dikritik.

“Siapa yang p tengok wayang cerita ini aku rasa ada sesuatu yang tak kena la dengan citarasa dia..” tulis seorang netizen.

“Tengok poster pun dah tak selera.” kritik pengguna media sosial yang lain pula.



Sekadar info, filem Rumah Maduku Berhantu adalah merupakan naskah terbaru arahan Dato Prof Dr A. Razak Haji Mohaideen yang dibintangi oleh pelakon seperti Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Saiful Apek dan ramai lagi.

Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker