PKR, Amanah mungkin ambil Idris dan Nor Azman

Sebaran :

PKR, Amanah mungkin ambil Idris dan Nor Azman

Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dikatakan sedang meneliti cadangan agar PKR dan Amanah masing-masing menjadikan Idris Haron atau Nor Azman Hassan sebagai calon mereka untuk pilihan raya tiga minggu lagi.

Idris dan Nor Azman adalah antara antrara empat Adun Melaka yang menyebabkan kejatuhan pentadbiran Sulaiman Md Ali sebagai ketua menteri pada 4 Okt.

Ia kemudian membawa kepada pembubaran DUN Melaka bagi membolehkan PRN diadakan.



Difahamkan, PH menolak cadangan untuk menerima dua Adun lain – Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee – atas alasan mereka berperanan menjatuhkan gabungan itu daripada kuasa pada Mac tahun lalu.

Ketika dihubungi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan perbincangan mengenai kedudukan Idris dan Nor Azman sedang berlangsung namun dia enggan mengulas lanjut.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata isu tersebut memang ada diteliti namun menegaskan belum ada sebarang keputusan dibuat.

Sementara itu pemimpin Amanah tidak menjawab pertanyaan Malaysiakini apabila isu berkenaan ditanyakan.



Tak akan ubah pendirian

Malaysiakini difahamkan selepas Majlis Presiden PH bersidang semalam, DAP mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya dan memutuskan mereka tidak dapat menerima cadangan berkenaan.

Lim memberitahu Malaysiakini partinya tidak akan mengubah pendirian berhubung cadangan berkenaan kerana mereka perlu menetapkan agenda yang sesuai untuk bagi menghadapi PRN pada 20 Nov ini.

“Ini soal prinsip. Kita mesti tunjukkan kepada semua bahawa kami adalah gabungan yang berprinsip.



“Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan untuk menolak keempat-empat mereka. Kami tidak akan mengubah keputusan kami,” kata Lim.

Bagaimanapun, apa yang difikirkan oleh pimpinan DAP dilihat tidak mempengaruhi keputusan Majlis Presiden PH.

Dalam kenyataan akhbar awal hari ini, Lim berkata suara DAP diatasi dalam perbincangan Majlis Presiden PH dan terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan gabungan tersebut.

Sumber pula memberitahu Malaysiakini, PKR dan Amanah percaya Idris – yang juga bekas ketua menteri Melaka – dan Nor Azman boleh membantu mengalihkan undi kepada PH.

PKR dipercayai cenderung untuk mengambil Idris sebagai calon manakala Amanah memilih Nor Azman. Namun sumber memberitahu PH belum memutuskan di mana mereka akan diletakkan.

Disokong kumpulan minoriti

Satu sumber berkaitan DAP memberitahu DAP berpendapat menjadikan Idris dan Nor Azman sebagai calon akan menjejaskan undi gabungan itu dan menghilangkan minat orang ramai untuk mengundi nanti.

“Lebih-lebih lagi, kami menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini rendah… Kami tidak mampu mengambil risiko besar untuk keuntungan kecil,” kata sumber itu.

Sumber PKR pula berkata beberapa pemimpin parti itu ada membangkitkan bantahan dan kebimbangan mereka secara dalaman terhadap langkah mengambil Idris dan Nor Azman.

Dia mendakwa mereka yang menyokong cadangan tersebut adalah minoriti namun berjaya mempengaruhi presiden parti itu Anwar Ibrahim.

Anwar semalam berkata Idris, Nor Azman, Effandi dan Norhizam tidak boleh disamakan seperti ahli politik yang terlibat dalam Langkah Sheraton.

Kata pengerusi PH itu keempat-empat bekas Adun terbabit mereka menarik balik sokongan terhadap Sulaiman hanya selepas mencapai perjanjian dengan PH.

Justeru kata Anwar adalah salah untuk mengetepikan mereka sekarang.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menuduh Amanah sebagai penyokong utama empat Adun terbabit dan bertanggungjawab memujuk PH untuk menerima mereka. Mk

PKR, Amanah mungkin ambil Idris dan Nor Azman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee


Sebaran :

Leave a Reply