Keputusan permohonan UPU lepasan STPM boleh disemak mulai hari ini

Keputusan permohonan UPU lepasan STPM boleh disemak mulai hari ini

Semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini.

Dalam kenyataan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, semakan boleh dibuat bermula 12 tengah hari, hingga 25 Sept melalui pautan berikut:

https://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
http://jpt.umt.edu.my

Katanya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai esok hingga 25 Sept di laman web universiti masing-masing.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti awam kepada yang berjaya setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline juga dalam tempoh mulai hari ini hingga 25 Sept.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Keputusan permohonan UPU lepasan STPM boleh disemak mulai hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker