'Tak boleh makan malam, ambil nasi?' - Jurulatih kecergasan kongsi mitos tentang 'fitness' — MYKMU.NET

‘Tak boleh makan malam, ambil nasi?’ – Jurulatih kecergasan kongsi mitos tentang ‘fitness’

Sebaran :

‘Tak boleh makan malam, ambil nasi?’ – Jurulatih kecergasan kongsi mitos tentang ‘fitness’

FAKTOR kecergasan dan kesihatan kini memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan.

Apatah lagi kita masih lagi mendepani pandemik COVID-19 yang melandan bukan sahaja negara tetapi seluruh dunia.

Selain mengambil suntikan vaksin, kita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan serta kecergasan diri agar tubuh badan sentiasa sihat serta ada tahap imun yang baik.

Di sebalik segala macam informasi tentang kesihatan dan kecergasan kita kadang-kadang keliru untuk tahu yang mana satu betul atau tidak.

Mungkin niat kita baik untuk menurunkan berat badan dan bersenam, namun apa gunanya jika cara yang dilakukan itu tidak tepat dan lebih malang mendatangkan keburukan.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada seorang jurulatih kecergasan, Aidy Johan menerusi satu bebenang ciapan di Twitter kendaliannya, @aidyjohan.

Menerusi bebenang tersebut, Aidy berkongsi tentang beberapa mitos berkenaan kesihatan dan kecergasan yang ramai orang masih amalkan.

Jom kita ikuti beberapa mitos seperti yang diterangkan oleh saudara Aidy Johan.

TIDAK BOLEH MAKAN MALAM

Waktu makan tidak menentukan akan naik atau turun berat badan seseorang. Apa yang menentukannya ialah berapa jumlah tenaga yang masuk dan berapa yang keluar.

Kalori nasi lauk ayam pada waktu siang adalah sama dengan kalori pada waktu malam.

TIDAK BOLEH MAKAN NASI

Nasi adalah sejenis makanan karbohidrat. Tanpa karbohidrat badan kita tak ada tenaga untuk lakukan aktiviti seharian seperti bersukan dan sebagainya.

Apa yang perlu dipantau adalah kuantiti jumlah pengambilannya sama ada bersesuaian atau tidak dengan aktiviti seharian yang kita dilakukan.

WANITA ANGKAT BERAT BADAN JADI MACAM LELAKI

Ini antara mitos yang paling ‘famous’.

Buat pengetahuan anda badan wanita hanya banyak mengeluarkan hormon estrogen, tidak mengeluarkan hormon testosterone sebanyak lelaki.

Justeru itu, untuk badan nampak macam lelaki adalah mustahil melainkan menggunakan bahan terlarang.

SIT UP SETIAP HARI PERUT JADI ‘FLAT’

Badan membakar lemak secara keseluruhan bukannya boleh disasarkan kepada kawasan spesifik. Ikuti prinsip kalori defisit/ keseimbangan tenaga.

Sebanyak mana anda lakukan sit up sekali pun jika tidak jaga pemakanan, aktiviti seharian tak aktif, perut masih tetap tak akan flat.

BILA BERSENAM TIDAK PERLU JAGA MAKAN

Perlu ingat senaman hanyalah sebahagian gaya hidup sihat. Apa yang membantu kita untuk sihat ialah mendapat dapat vitamin dan nutrisi yang cukup adalah melalui pemakanan.

Anda boleh sihat tanpa bersenam, tanpa supplement dengan hanya jaga pemakanan yang lengkap.

LEBIH BANYAK TURUN BERAT LAGI BAIK

Ukur prestasi diri dari segi kekuatan, keupayaan melakukan sesuatu aktiviti, inch loss di bahagian tertentu. Itu adalah lebih baik daripada berpandukan penimbang berat badan semata-mata.

Itulah di antara beberapa mitos kecergasan yang mungkin masih ramai daripada anda tidak tahu.

Semoga perkongsian dari Jurulatih Kecergasan, Aidy Johan mampu memberikan manfaat buat anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan lanjut tentang kecergasan bolehlah follow di Twitter atau di Instagram kendaliannya.-Maskulin

Kredit: Aidy Johan

‘Tak boleh makan malam, ambil nasi?’ – Jurulatih kecergasan kongsi mitos tentang ‘fitness’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: