Ular sawa belit kereta, satu keluarga cemas

Tangkap layar video yang dikongsikan oleh @aatwilight di laman TikToknya.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri sempat merakamkan detik cemas setelah menyedari kereta yang mereka pandu dibelit ular sawa.

Menurut sebuah hantaran di laman TikTok @aatwilight, ular tersebut keluar dari bonet kereta sebelum merayap naik ke cermin hadapan.

Kekal tenang, keluarga tersebut terus memandu dengan perlahan menuju ke balai bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan.



“Kejadian sebentar tadi. Allah sebaik-baik pelindung. Alhamdulillah, kami satu keluarga selamat. Ular juga selamat.

“Kami sempat sampai Balai Bomba Cyberjaya. Terima kasih abang Bomba, semoga Tuhan balas dengan ganjaran syurga,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan tersebut yang kekal tenang dan tidak lekang menyebut nama Allah SWT walaupun sedang panik.

“Ya Allah, tenangnya. Kalau saya, dah panik, menggigil. Trauma betul saya dengan ular,” kata Ainun.



“Saya kagum dengan awak berdua. Kalau saya tu, dah terjerit-jerit sepanjang jalan,” kata Sue.

“Ini kalau aku yang bawa kereta, mungkin akan tekan minyak sampai tak ingat dunia. Baguslah kamu berdua santai sahaja, boleh bersembang lagi,” kata Elieda

@aatwilight

Kejadian sebentar td. Allah sebaik2 pelindung. Alhamdulillah Kami 1 famili selamat dan ular pun selamat. Sempat sampai ke Balai Bomba Cyberjaya. Tq abam bomba semoga Allah balas dengan Syurga . Allah maha kuasa mahkluk langsung takde kuasa☝️☝️☝️#fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ #bombacyberjaya



♬ Epic Music – DM Production

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker