NTF berjaya menyelaraskan operasi cegah pendatang dan jenayah rentas sempadan

NTF berjaya menyelaraskan operasi cegah pendatang dan jenayah rentas sempadan. Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) perlu dikekalkan meskipun selepas pandemik COVID-19 berakhir kerana pasukan itu telah membuktikan keupayaannya dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin di negara ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata NTF bukan sahaja berjaya menyelaraskan operasi mencegah kemasukan pendatang tanpa izin, malah pada masa sama berjaya menyekat kegiatan jenayah rentas sempadan yang lain.

Beliau berkata misi penubuhan NTF adalah untuk memperkukuh kawalan sempadan negara daripada pencerobohan kemasukan pendatang tanpa izin dan ia diterjemahkan melalui pelaksanaan Operasi Benteng.

“Alhamdulillah, setelah setahun lebih penubuhannya, ATM bersama agensi penguat kuasa lain yang bergabung di bawah NTF berjaya mencapai objektif dipertanggungjawabkan.

“Operasi ini berjaya dicapai dengan jayanya dengan kerjasama dan perancangan teliti hasil kolaborasi bersama semua agensi penguat kuasa yang terlibat secara langsung dalam operasi ini,” katanya dalam wawancara khas sempena Hari ATM ke-88 di Wisma Perwira ATM, di sini, baru-baru ini.

Sambutan Hari ATM ke-88 bakal diadakan secara fizikal di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 Sept ini, tanpa kehadiran penonton.

Affendi berkata maklum balas diterima daripada semua agensi penguat kuasa adalah positif dalam menyahut inisiatif kerajaan itu kerana NTF dapat menyatukan semua agensi dalam menggembleng usaha dan tenaga bagi mencapai misi diamanahkan.

“Konsep Whole of Government Approach memang mendatangkan keberkesanan berbanding dengan bekerja secara silo yang dipraktikkan sebelum ini.

“Kerjasama ini perlu diteruskan kerana ia memberi impak positif dalam membendung wabak COVID-19 dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan daripada terus berlaku di sempadan tanah air,” katanya.

Mengenai aspek penambahbaikan strategi pertahanan dan kesiagaan yang digerakkan NTF, Affendi berkata NTF sentiasa berusaha untuk menambah baik strategi pertahanan dan keselamatan sedia ada dalam memastikan ia sentiasa relevan serta diselaraskan sesuai dengan amanah dipertanggungjawabkan.

Beliau berkata dalam usaha menambah baik strategi itu, NTF telah membangunkan Pelan Strategik Benteng berasaskan dasar kerajaan seperti Dasar Keselamatan Negara, Kertas Putih Pertahanan serta Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam dalam memastikan kesinambungan kejayaan serta kelancaran pelaksanaan Operasi Benteng.

Pada masa sama, Affendi berkata kerjasama erat yang sedia terjalin dengan agensi penguatkuasaan negara-negara jiran terus diperkukuh seperti aspek perkongsian maklumat perisikan dan rondaan bersama di sempadan menerusi platform sedia ada.

“Tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya cabaran yang dihadapi oleh NTF dalam usaha membanteras kemasukan pendatang tanpa izini dan jenayah rentas sempadan.

“Antaranya cabaran utama dihadapi adalah modus operandi mereka yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Oleh demikian, NTF sentiasa peka dan selalu mencari kaedah baharu untuk mengatasi permasalahan ini,” katanya.

Beliau berkata penugasan kawalan sempadan negara turut diperkemaskan menerusi peningkatan keupayaan dan kesiapsiagaan dengan perolehan aset-aset seperti bot jenis Rigid Hull Inflated Boat, kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), motosikal scrambler serta dron.

Affendi berkata perolehan aset-aset itu ternyata memberikan pulangan yang tinggi dengan peningkatan statistik kes tangkapan menerusi Operasi Benteng.

NTF berjaya menyelaraskan operasi cegah pendatang dan jenayah rentas sempadan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Majoriti pesara tentera alami masalah kewangan, tergolong B40 – Panglima ATM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker