XPDC kesal ada pihak ambil kesempatan terhadap kematian Mael

XPDC kesal ada pihak ambil kesempatan terhadap kematian Mael

Kumpulan rock terkenal XPDC kesal apabila terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan buat duit terhadap pemergian vokalis mereka, Allahyarham Mael.

Pengurusnya, Yazid berkata, anggota XPDC kecewa apabila terdapat individu tertentu menjual barangan cetak rompak jenama XPDC terutamanya T-shirt Tribute To Legend Mael XPDC.



“Mereka ‘copy’ design baju ini, cover album dan lain-lain yang dijual kepada peminat. Harganya pun lebih kurang sama. Tapi bezanya kami hasilkan dengan kebenaran keluarga arwah Mael.

“Ia semuanya dengan kebenaran. Mulanya mereka agak keberatan tapi selepas berbincang baik-baik barulah mereka setuju. Tujuannya untuk warisnya juga.

“Banyak benda yang boleh dimanfaatkan antaranya untuk biayai kenduri tahlil, siapkan batu nisan dan kepok kubur. Juga boleh digunakan untuk infak bagi kebaikan arwah. Semuanya boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, XPDC terkejut apabila barangan cetak rompak ini dijual berleluasa menerusi platform TikTok.



“Kami dah bagi amaran. Malah adik Mael, Syed Ali pun tak bagi. Sebabnya kalau dijual secara cetak rompak, anggota XPDC dan keluarga Mael takkan dapat apa-apa hasil.

“Ini yang kami elakkan. Pihak terbabit kaut untung atas angin macam itu sahaja. Mereka fikirkan keuntungan berbanding rezeki halal.

“Contohnya seperti konsert di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang Sabtu lalu, banyak royalti hasil jualan T-shirt yang diterima oleh waris Mael. Ini yang kita nakkan. Ada juga peminat setia yang beli secara online,” katanya.

Yazid berkata, mereka kini dalam perbincangan bersama beberapa pihak untuk tindakan lanjut.



“Mungkin ada laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan dibuat atau minta TikTok sekat akaun ini.

“Mereka tak boleh dibiarkan berleluasa buat untung secara mudah. Hak anggota XPDC perlu dijaga. Kami juga akan mencadangkan penjual, pembeli dan pemakai T-shirt ini akan dikenakan tindakan.

“Kami akan pantau mana-mana show XPDC dan jika lihat ada yang pakai baju ini untuk diambil tindakan. Sebelum ini kami mungkin berlembut tapi selepas ini kami akan mula bertegas,” katanya. K Online

XPDC kesal ada pihak ambil kesempatan terhadap kematian Mael



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker