Majoriti pesara tentera alami masalah kewangan, tergolong B40 – Panglima ATM

Majoriti pesara tentera alami masalah kewangan, tergolong B40 – Panglima ATM

Anggota tentera majoritinya akan mengalami masalah kewangan, termasuk tergolong dalam kumpulan B40 selepas bersara, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Affendi Buang.

Affendi berkata, antara punca perkara itu berlaku adalah ketiadaan peluang kerjaya kedua bagi menjamin kelangsungan hidup selepas tamat perkhidmatan.



Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang mencari pendekatan untuk menyelesaikan isu itu, termasuk menggalakkan isteri anggota mencari peluang pekerjaan secara sambilan bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

Katanya, pendekatan itu juga tidak boleh diambil dari satu sudut sahaja, sebaliknya secara menyeluruh membabitkan pihak kerajaan, swasta dan awam.

“Daripada pihak ATM, kita perlu memastikan anggota berkenaan bersedia dari segi mental mengambil fasa seterusnya (persaraan) untuk hidup lebih selesa.

“Rata-rata anggota ATM bersara pada usia 40 tahun, mereka ada komitmen dan perbelanjaan dengan anak tak habis sekolah lagi, kereta dan rumah tak habis bayar (pinjaman dengan bank).



“Kita pun melihat isteri anggota yang mempunyai kemahiran boleh menjana pendapatan melalui kaedah perniagaan dalam talian, sekali gus membantu suami mereka selepas pencen.

“Aspek kebajikan anggota yang bersara tidak boleh dibiar begitu saja selepas menabur keringat dan darah untuk menjaga keselamatan negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Affendi berkata, peruntukan sebanyak RM105.3 juta diberikan kerajaan kepada ATM tahun ini tidak mencukupi untuk menjaga hal kebajikan veteran secara menyeluruh.

“Walaupun Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dipertanggungjawab untuk memantau dan memelihara kebajikan mereka, usaha dan insentif diberi bukan bersifat kekal.



“Keberkesanan bantuan banyak bergantung kepada peruntukan disalurkan kerajaan, selain sumbangan dan ihsan syarikat atau individu,” katanya. FMT

Majoriti pesara tentera alami masalah kewangan, tergolong B40 – Panglima ATM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker