Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Harga emas hari ini merekodkan penurunan sebanyak RM4.23 kepada RM236.83 per gram berbanding RM241.06 per gram semalam.

Berdasarkan laman Facebook Harga Emas Malaysia, trend penurunan itu direkodkan sejak semalam iaitu RM1.51 berbanding RM242.57 kelmarin.



Pakar pelaburan emas yang juga penulis buku, Syukor Hashim berkata, kejatuhan harga emas yang agak mendadak kali ini didorong laporan data Jualan Runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi.

“Laporan itu menunjukkan peningkatan jualan runcit di Amerika Syarikat sebanyak 0.7 peratus untuk bulan Ogos 2021,” katanya hari ini.

Menurutnya, laporan itu berbeza dengan jangkaan yang menyatakan jualan runcit negara itu akan merosot sebanyak 0.8 peratus.

Beliau berkata, data terbaharu itu memberi bayangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat adalah kuat biarpun dalam peningkatan kes Covid-19.



“Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan atau peningkatan seperti ini maka harga emas akan jatuh.

“Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat dalam situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih,” jelasnya. K Online

Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker