Orang buta dengan gajah

Orang buta dengan gajah

Oleh Mohsin Abdullah

Tajuk artikel ini ialah mengenai sebuah kisah yang rasa saya ramai pernah mendengarnya. Pun begitu izinkan saya ulangi. Kisah mengenai rupa bentuk gajah menurut tiga orang buta. Lebih tepat bagaimana gajah digambarkan oleh tiga orang buta.

Oleh kerana tidak boleh melihat, mereka menggunakan tangan untuk memegang dan meraba-raba sang gajah untuk mengetahui rupa bentuk haiwan itu.

Lalu bagi orang buta pertama rupa gajah bagai ular. Ini kerana dia memegang dan meraba belalai gajah. Orang buta kedua pula berkata gajah seperti kipas. Sebab yang dipegang dan raba ialah telinga gajah. Orang buta ketiga menyifatkan gajah berbentuk sebatang pokok kerana dia pegang dan raba kaki gajah.

Bagaimana mereka boleh menggambarkan ular, kipas, dan pokok padahal mereka buta lalu tidak pernah melihat apa-apa pun tidak pula dijelaskan dalam al kisah ini. But let’s not go into that. Tumpukan kepada moral of the story yang punya pelbagai intepretasi. Antara tafsiran lazim ialah pengetahuan yang diperolehi hanya sebahagian sedangkan banyak lagi hal yang belum atau tidak diketuai dan pelajari.

Presiden PAS Hadi Awang pernah menggunakan kisah ini untuk menyelar pihak yang beliau tuduh “buta Al-Quran”. Hadi dilapor Malaysiakini 25 November 2019 berkata “ada daripada kalangan yang buta Al-Quran atau kabur ilmunya cuba menulis berkenaan Islam laksana kisah orang buta yang memperkenalkan gajah dengan meraba salah satu anggota badan tanpa melihat badan yang besar secara menyeluruh”.

Tetapi dalam mengulas titah ucapan Sultan Selangor yang baginda sampaikan semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Februari lalu , Hadi sendiri bagai orang buta yang meraba gajah.

Menerusi surat Muhamad Munir Bani, setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, kepada pesuruhjaya PAS Selangor (yang semestinya dipanjangkan kepada presiden) dinyatakan “Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan Sultan Selangor serta tidak memahami intipati ucapan baginda khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019″.

Surat berkenaan merujuk kenyataan sinis Hadi yang antara lain secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Sultan Selangor dengan sikap raja-raja “yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata”.

Pada hemat saya adalah tepat Sultan Selangor menyifatkan kata-kata Hadi “kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada raja-raja Melayu”.

Pada hemat saya juga tindakan Hadi bukan saja boleh diibarat orang buta dengan gajah tetapi juga bagai melepaskan tembakan secara semberono tanpa memahami konteks dan intipati ucapan Sultan Selangor walaupun mungkin beliau boleh kata ikhlas memberi nasihat dan peringatan demi Allah.

Bercakap mengenai orang buta dan gajah berikut satu lagi contoh yang agak tepat. Tempoh hari Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim merasmikan persidangan Dewan Rakyat. Dalam titah ucapan baginda antara lain menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan atau usaha menjatutuhkan kerajaan.

Titah baginda: “semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada yang hendak bermain politik tunggulah masa pilihan raya yang akan datang.”

Boleh dikata majoriti rakyat tahu maksud Sultan Ibrahim jelas dan mudah difahami. Baginda bertindak berdasarkan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat seperti dituntut Perlembagaan. Baginda bukan memihak. Itu pandangan saya.

Jelas yang dimaksudkan usaha ala Langkah Sheraton. Rampas kuasa politik tanpa menerusi pilihan raya. Jadi kerajaan pintu belakang atau tebuk atap yang menodai suara rakyat dan Ini kita tahu menjejas kestabilan negara dan menyusahkan rakyat.

Saya lihat nasihat atau amaran Yang di Pertuan Agong wajar dan tepat. Saya rasa saya tahu siapa dan apa yang dimaksudkan. Tetapi bagi Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib teguran Yang di-Pertuan Agong ditujukan kepada kerajaan.

“Hentikan bermain politik dengan Ahli Parlimen pembangkang menyekat peruntukan”. Boleh tidak ini diibaratkan orang buta mencari rupa bentuk gajah? Boleh kata saya tetapi terpulang tafsiran masing-masing.

Lebih pelik menurut saya ialah intepretasi Setiausaua Agung PAS Takiyuddn Hassan. Kata beliau partinya berpendapat saranan Yang di-Pertuan Agong mengenai perubahan kerajaan adalah “pandangan peribadi baginda”.

Kata Takiyuddin seseorang perdana menteri boleh dianggap hilang keyakinan terhadapnya melalui beberapa kaedah yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Mungkin beliau lupa presidenya bersama Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah dulu dan mempersembahkan perakuan semasa mengorak Langkah Sheraton. Ertinya untuk mendapat perkenan Agong.

Apa pun eloklah dihayati apa yang Sultan Ibrahim titah sebelum cakap apa yang dicakap. Begitu juga Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, orang PKR yang berkata Agong mesti mematuhi peruntukan Perlembagaan dan tidak ikut “selera dan sentimen peribadi”. Malah tuduh baginda sudah “crossed the line“.

Kedua-dua bagai orang buta dengan gajah nampaknya malah seperti Hadi main tembak semberono seolah tidak faham titah Agong. Baginda kata lain mereka kata lain.

Bagi Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof, jelas Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu sebuah kerajaan yang stabil dan semua Ahli Parlimen sama-sama menumpukan usaha membangun negara. Saya setuju dan ingin menambah jika mahu tukar kerajaan tunggu lah pilihan raya akan datang.

Apa yang susah sangat nak faham ni. FMT

Orang buta dengan gajah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker