Gara-gara hutang, along baling botol sos, batu bata

Gara-gara hutang, along baling botol sos, batu bata

Gara-gara hutang, along baling botol sos, batu bata
Foto hiasan / Janaan Ai.

JASIN: Gara-gara membuat pinjaman along seorang peniaga wanita berdepan detik cemas apabila rumah sewanya di Taman Scientex Jasin Mutiara di sini disyaki diganggu along pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang suspek dipercayai membaling botol sos cili di hadapan rumah selain turut membaling batu bata pada cermin kereta Proton Persona miliknya mangsa.

Menurut sumber, mangsa berusia 25 tahun hanya menyedari insiden berkenaan selepas dihubungi pemilik rumah yang dimaklumkan jiran mengenai kejadian mencurigakan di hadapan kediaman tersebut.

Katanya, dipercayai mangsa sebelum ini berurusan dengan seorang individu yang menawarkan pinjaman wang melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa dikatakan bersetuju membuat pinjaman RM10,000 pada pertengahan April lalu sebelum menerima RM6,500 dan membuat bayaran balik secara berperingkat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja


“Bagaimanapun, mangsa kemudian membuat pinjaman kedua berjumlah RM20,000 dan menerima RM15,000 secara berperingkat dan perlu mengikut jadual bayaran yang ditetapkan,” katanya.

Jelasnya, suspek mula mengugut mangsa selepas wanita itu didakwa gagal membuat bayaran balik, termasuk mahu menghantar gambar rumah keluarga mangsa di Pontian, Johor serta mengancam untuk menyebarkan maklumat peribadi.

Malah katanya, pada hari kejadian, suspek turut menghantar mesej mendakwa mangsa menerima ‘hadiah’ dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat tersebut.

“Mangsa turut menemui tiga notis bertulis yang meminta hutang dijelaskan, dipercayai ditinggalkan suspek di lokasi kejadian.

“Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, mangsa tampil membuat laporan polis semalam,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana gangguan terhadap peminjam.

Gara-gara hutang, along baling botol sos, batu bata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker