Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Percutian di Bali, Indonesia kali ini menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar mesra dikongsikan oleh kekasih kepada Noor Nabila iaitu Ameer Aiman di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian Ameer, pasangan ini dilihat menikmati momen berdua di sekitar destinasi percutian popular Indonesia itu.

Foto-foto yang dimuat naik memperlihatkan suasana santai dan mesra, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada mereka bercuti berdua sahaja atau turut ditemani ahli keluarga.

Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

 

Di Instagram Noor Nabila pula, setakat ini tidak kelihatan sebarang perkongsian yang menunjukkan kehadiran ahli keluarga lain. Sebaliknya, hanya beberapa gambar permandangan indah sekitar Bali yang dikongsikan, menjadikan suasana percutian mereka lebih tertumpu kepada momen peribadi.

Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

 

Dalam beberapa gambar yang dikongsi Ameer, pasangan ini turut sempat mencuba salah satu tarikan popular di Bali iaitu Kopi Luwak. Aktiviti itu menjadi antara momen menarik sepanjang percutian mereka di pulau berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja


Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi LuwakPercutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi LuwakPercutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, hubungan Nabila dan Ameer mula menjadi lebih serius selepas mereka saling mengenali hati budi sejak April tahun lalu. Walaupun berbeza usia hampir 10 tahun, Nabila mengakui dia selesa dengan layanan yang diberikan Ameer selain memuji keperibadian jejaka berkenaan.

Walaupun sering menjadi perhatian ramai, pasangan ini dilihat lebih selesa berkongsi momen secara sederhana di media sosial tanpa terlalu membuka ruang peribadi mereka kepada umum.

MURAI pada masa sama melihat perkembangan hubungan ini sebagai sesuatu yang positif dan matang. Tidak dinafikan, ramai peminat sudah mula tertanya-tanya bilakah agaknya pasangan ini akan melangkah ke fasa lebih serius. Kami di MURAI juga tidak sabar untuk melihat jika satu hari nanti mereka benar-benar bersatu di jinjang pelamin.

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

Setakat ini, kedua-duanya belum memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai percutian di Bali tersebut, namun perkongsian gambar yang ada sudah cukup membuatkan peminat tersenyum melihat kebahagiaan mereka.

Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker