Fitnah berkait institusi undang: Setiausaha Politik Loke buat laporan polis terhadap Chegubard
Fitnah berkait institusi undang: Setiausaha Politik Loke buat laporan polis terhadap Chegubard

SEREMBAN: Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard kerana membuat hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah terhadap pemimpin itu berkaitan institusi undang.
Laporan itu dibuat oleh Ho Weng Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada jam 12 tengah hari tadi susulan hantaran di Facebook Chegubard yang bertajuk “Anthony Loke perlu disiasat atas membiayai entiti haram-Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.”
“Hantaran tersebut mengandungi tuduhan Loke telah menyalurkan peruntukan dana dalam jumlah besar kepada sebuah entiti yang didakwa sebagai haram serta mengaitkan perkara itu dengan kekacauan institusi diraja di negeri ini.
“Kenyataan dan hantaran yang dibuat oleh individu berkenaan diyakini turut menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang berpotensi mencetuskan ketegangan serta memecahbelahkan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Weng Wah berkata tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan penyebaran maklumat palsu dan fitnah, khususnya yang melibatkan isu sensitif 3R dapat dibendung demi keharmonian dan kestabilan negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Beliau berkata pihak polis perlu menjalankan siasatan terhadap hantaran tersebut yang dipercayai melanggar beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 505 dan 499 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Fitnah berkait institusi undang: Setiausaha Politik Loke buat laporan polis terhadap Chegubard
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.