Rafizi beri keterangan 9 jam, sambung semula 10 pagi esok
Rafizi beri keterangan 9 jam, sambung semula 10 pagi esok

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas lebih lapan jam dirakam percakapan, hari ini.
Rafizi berkata, proses siasatan berjalan lancar dan beliau memberi kerjasama penuh sepanjang sesi berkenaan.
Untuk rekod, Rafizi dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion membabitkan Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.
Menurut beliau, sesi soal siasat bermula kira-kira jam 10 pagi sebelum berakhir sekitar jam 6.40 petang.
“Proses siasatan biasa, dia tanya kita jawab. Saya beri kerjasama penuh dan proses berjalan dengan lancar, cuma dia panjang,” katanya kepada media selepas selesai memberi keterangan di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Beliau yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, sesi rakaman keterangan itu akan bersambung esok bermula jam 10 pagi.
“Saya kena datang esok balik pukul 10 pagi. Saya tak menolak kemungkinan mungkin beberapa hari lagi, kita tak tahu berapa banyak lagi soalan,” katanya.
Rafizi berkata, beliau memberi keterangan tanpa kehadiran peguam dan akan meneruskan kaedah sama pada sesi seterusnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop atau sudut siasatan yang sedang dijalankan.
Katanya, sepanjang sesi itu beliau hanya mengambil rehat singkat kira-kira 15 minit untuk makan dan menunaikan solat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, berkata proses rakam percakapan ke atas Rafizi hari ini yang dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, berlangsung selama sembilan jam.
“Beliau (Rafizi) tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan dilepaskan pada jam 6.30 petang tadi.
“Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari kedua esok pukul 10 pagi,” katanya memaklumkan kehadiran Rafizi bertujuan memberikan kerjasama kepada SPRM dalam melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Minggu lalu, pembantu Rafizi, Chai Jin Shern atau James Chai, turut dirakam keterangan selama tiga hari berturut-turut minggu ini bagi membantu siasatan kes sama.
SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari lalu susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga memberi kesan kewangan kepada kerajaan.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, sebelum ini dilaporkan berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Rafizi beri keterangan 9 jam, sambung semula 10 pagi esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.