Chelsea diaib Forest, impian UCL berkubur
Chelsea diaib Forest, impian UCL berkubur

London: Chelsea menerima kekalahan memalukan 1-3 di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Nottingham Forest sekali gus memadam sisa harapan untuk menamatkan musim dalam kelompok lima terbaik bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
Kekalahan itu adalah yang keenam berturut-turut buat Chelsea dalam saingan liga, dengan Forest yang tampil lebih bertenaga mendahului seawal minit kedua menerusi tandukan tajam Taiwo Awoniyi sebelum menambah gol kedua hasil serangan balas pada minit ke-52.
Forest terlebih dahulu menggandakan tekanan apabila Igor Jesus menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-15.
Chelsea berpeluang merapatkan kedudukan sebelum rehat, namun sepakan penalti Cole Palmer berjaya diselamatkan, ketika perlawanan turut dicemari insiden kecederaan kepala membabitkan pemain sayap muda, Jesse Shaun Derry yang dikejarkan ke hospital selepas bertembung dengan Zach Abbott.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez dan pemain gantian Forest, Morgan Gibbs-White turut mengalami kecederaan kepala pada babak kedua, namun kedua-duanya mampu berjalan keluar dari padang.
Joao Pedro hanya mampu menjaringkan gol saguhati menerusi sepakan akrobatik pada minit ke-93.
Forest yang masih belum selamat daripada ancaman penyingkiran merehatkan beberapa pemain utama sebagai persiapan menghadapi aksi separuh akhir kedua Liga Europa menentang Aston Villa, Khamis ini.
Chelsea diaib Forest, impian UCL berkubur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.