Amorim ‘buta’ tak dapat lihat bakat Mainoo
Amorim ‘buta’ tak dapat lihat bakat Mainoo

Manchester: Pertahanan Diogo Dalot percaya Kobbie Mainoo mendapat manfaat selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Manchester United ketika era Ruben Amorim.
Amorim sebelum ini gagal mencari peranan sesuai buat Mainoo dalam sistemnya, namun pemain muda itu kembali disenaraikan dalam pasukan oleh Michael Carrick.
Mainoo kini berada dalam prestasi cemerlang dan menjaringkan gol kemenangan ketika United menewaskan Liverpool 3-2, Ahad lalu, menerusi sepakan separa voli yang tenang di Stretford End untuk memastikan tiga mata.
Peranan Mainoo dalam skuad ketika di bawah Amorim merosot sehingga dia terpaksa mempertimbangkan masa depannya bersama kelab yang disertainya sejak kecil itu.
Pemain tengah kelahiran Stockport itu sebelum ini meminta untuk dipinjamkan bagi mendapatkan minit permainan tetap pada musim panas lalu, malah turut mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab pada Januari sebelum Amorim dipecat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Dalam temu bual bersama Viaplay, Dalot ditanya sama ada sukar melihat Mainoo melalui tempoh sukar di bawah Amorim, namun pemain itu berpendapat pengalaman berkenaan membantu peningkatan prestasi.
Dalot berkata: “Jika saya boleh bercakap dengan jujur, saya rasa ia baik untuknya. Sukar untuk dikatakan kerana dia pemain hebat dan dia sepatutnya berada di atas padang, dan kami boleh menikmati lebih banyak aksi daripadanya, tetapi dalam karier anda, jika melalui detik seperti ini, kini dia akan melihat kembali dan berkata, ‘Saya bekerja sangat keras, saya melalui tempoh sukar, semua orang cuba menolak saya, dan saya perlu jadi lebih baik dalam latihan.’
“Dan sekarang anda boleh lihat cara dia bermain, ia menjadikan dia lebih kuat, dan sebagai satu pasukan, kami perlu melalui tempoh sukar itu kerana ia akan membuatkan anda lebih menghargai saat-saat yang baik.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Dalam temu bual berasingan bersama MUTV, Dalot berkata mengenai Mainoo: “Saya rasa ia menunjukkan tahap yang dia mampu capai. Saya rasa dia sedang menjadi pemain yang sangat lengkap.
“Malah dalam beberapa perlawanan terakhir, anda boleh lihat dia meningkatkan permainannya. Dan saya sangat gembira, bukan hanya kerana dia menjaringkan gol.”
Amorim ‘buta’ tak dapat lihat bakat Mainoo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.