Tang Jie-Ee Wei antara lima calon hebat rebut atlet terbaik SAM
Tang Jie-Ee Wei antara lima calon hebat rebut atlet terbaik SAM

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang muncul juara Kejohanan Dunia tahun lalu menjadi antara atlet daripada lima sukan berbeza disenarai pendek bagi merebut Anugerah Atlet Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2025 yang dijadual berlangsung pada 13 Mei ini di ibu negara.
Tang Jie-Ee Wei akan bersaing bersama atlet wushu negara, Tan Cheong Min yang meraih tiga pingat emas menerusi acara Nandao, Nangun individu serta Duilian berpasukan di Kejuaraan Dunia di Brazil, Ogos lalu.
Malah turut tersenarai pendek ialah Emma Firyana Saroji (boling padang) yang muncul juara Piala Dunia di Stadium Juara, Bukit Kiara, selain Muhd Rafiq Ismail (tenpin boling) dan Mohd Abdul Latif Maxzakir (pencak silat).
Dalam kategori Atlet Para Terbaik, tiga nama besar iaitu Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (para badminton) dan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga) mengetuai cabaran bersama dua perenang para negara, Abdul Halim Mohammad serta Carmen Lim.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
Bonnie terus mencipta sensasi apabila mempertahankan gelaran dunia kategori 72 kilogram (kg) di Kaherah, Mesir sekali gus melengkapkan rekod empat kejuaraan berturut-turut sejak 2019.
Sementara itu, Cheah Liek Hou menjuarai acara perseorangan dan beregu lelaki SU5 di Jepun, manakala Abdul Latif Romly memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 dengan catatan 7.67 meter (m) di Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India.
Pemenang bagi kedua-dua kategori utama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi, manakala majlis berprestij itu dijangka dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap berkata. kerjasama berterusan bersama 100PLUS sejak 2003 membuktikan komitmen dalam memartabatkan industri sukan negara selain menghargai peranan pengamal media dalam menyemarakkan landskap sukan tanah air.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
“Di kala keadaan global yang tidak menentu, kerjasama antara SAM dan 100PLUS terus kekal utuh dalam memartabatkan industri sukan di tanah air. SAM mengucapkan terima kasih kepada 100PLUS dan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa,”kata pada sidang media Majlis Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100PLUS 2026 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, hari ini.
Tang Jie-Ee Wei antara lima calon hebat rebut atlet terbaik SAM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.