Beri pendedahan lebih kerap kepada pemain muda
Beri pendedahan lebih kerap kepada pemain muda

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Datuk James Selvaraj menyarankan agar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bangkit segera sekiranya tidak mahu terus ditinggalkan oleh negara lain yang semakin mengorak langkah dalam sukan berkenaan.
Tegasnya, untuk mengelak Malaysia tidak mampu bersaing dengan negara lain terutama acara berpasukan lelaki, beliau menyarankan agar lebih banyak pendedahan diberikan kepada pemain muda agar mereka boleh cepat menyesuaikan diri dengan kelompok elit.
Menurut Selvaraj, beberapa negara yang semakin menunjukkan peningkatan melalui pemain muda adalah Thailand, Taiwan termasuk Perancis yang mencipta kejutan mara ke final Piala Thomas 2026.
Ketika ini, tiga pemain utama perseorangan lelaki mereka berada di kedudukan terbaik dunia dan usia juga masih ‘segar’ sekali gus memberi mesej bahawa Perancis akan tampil menjadi kuasa besar dari Eropah.
Pemain seperti adik-beradik Christo Popov kini berada di ranking ke-24 dunia dan Toma Junior Popov (27) selain seorang lagi bakat muda sedang mencipta nama, Alex Lanier (21).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
“Kalau kita tengok sekarang, banyak negara yang kita tak jangka mula beraksi dengan begitu baik pada tahap tertinggi. Ini bukan sahaja Perancis.
“Dari segi usia, mereka semua masih muda. Tapi pemain lelaki kita kebanyakannya sudah melebihi 25 tahun,” katanya.
Untuk makluman, pemain utama negara seperti Leong Jun Hao kini berusia 27 tahun, Justin Hoh (22), Aidil Sholeh (26) dan Lee Zii Jia (28).
Namun begitu, pemenang perak Piala Thomas 1976 itu melihat tindakan BAM menghantar wanita yang masih muda di Piala Uber 2026 satu langkah bijak.
Baginya, pemain muda seperti Low Zi Yu kini berusia 16 tahun, Noraqilah Maisarah Ramdan (19) serta Carmen Ting dan Ong Xin Yee (19) mempunyai potensi besar untuk menyerlah pada masa akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
“BAM buat perkara betul dengan beri peluang kepada pemain muda wanita. Mereka sudah buktikan kemampuan jika diberi kepercayaan,” katanya selepas melihat pasukan wanita berjaya menamatkan kemarau 16 tahun untuk ke suku akhir.
Beri pendedahan lebih kerap kepada pemain muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
You must be logged in to post a comment.