Bina kuil atas tapak masjid masih diperingkat cadangan di pejabat daerah?

Oleh Nurul Aisyah

UMAT Islam di Negeri Sembilan sangat kecewa dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau dilihat sangat tidak sensitif berkenaan isu pembinaan kuil di atas tanah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di Taman Indah Tampin sebagaimana yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Memetik sumber, Aminuddin terlalu santai mengatakan yang isu kuil ini masih di peringkat cadangan di pejabat daerah.

“Sesiapa pun boleh mengemukakan permohonan ke pejabat daerah tetapi kelulusan belum tentu lagi, malah belum ada perbincangan mengenai perkara terbabit setakat ini”. – Aminuddin

Apabila orang Melayu dan Islam tidak bersepakat maka agama Islam dengan sewenang-wenangnya dipandang remeh.

Memang benar kerajaan PKR Negeri Sembilan belum memberi kebenaran terhadap cadangan pembinaan kuil tersebut, namun ianya dilihat menuju ke arah tersebut apabila telah berada diperingkat cadangan Pejabat Daerah. Persoalannya, mengapa pihak yang terlibat berani membuat cadangan tersebut sedangkan ianya melibatkan sensitiviti orang Islam?

Aminuddin Harun berkata, tanah seluas 1.4 ekar itu telah diberikan kepada JHEAINS sebagai tapak Masjid Taman Indah sejak tahun 2011. Walau bagaimanapun, tanah rizab tersebut belum dapat diusahakan lagi di atas beberapa kekangan, dan pihak JHEAINS turut mencadang akan mewujudkan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Indah.

“Cadangan pembinaan kuil di Taman Indah itu, tidak membabitkan tanah rizab JHEAINS, dan bukan juga dibina di atas tanah rizab tersebut, sebaliknya di luar kawasan.

“Cuma semasa pembinaan kuil dilakukan, kerja-kerja pembinaan itu termasuk di sebahagian daripada tanah rizab, lebih kurang 88 meter persegi, bukannya pengambilan keseluruhan tapak tanah tersebut.

Apa rasionalnya kuil dibina berdekatan masjid? Kalau kerja-kerja pembinaan termasuk di sebahagian daripada tanah rizab masjid maksudnya tetap sama dengan pembinaan kuil itu di atas tanah rizab masjid.

Aminuddin tidak perlu memutarkan fakta untuk melepaskan diri. Kebathilan tidak akan mampu menutup kebenaran selama-lamanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker