Presiden Terpilih Indonesia tiba di Malaysia untuk lawatan kerja sehari

Prabowo disambut Mohamed Khaled ketika tiba pada lawatan khas sehari di Pangkalan Udara Subang hari ini. Foto Bernama

SUBANG: Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok.

Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada jam 10.15 malam.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini adalah lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.



Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya dan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri



Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker