Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak

Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak. Seorang lelaki parah di kepala, badan dan kaki selain putus ibu jari tangan kanannya akibat ditetak tiga lelaki dalam kejadian di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus di Kampung Pauh Jabit, Tawang di sini pada petang Ahad.

Mangsa berusia 42 tahun dipercayai diserang dengan golok dan pedang.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, punca kejadian dipercayai akibat pergaduhan membabitkan burung peliharaan jenis Murai Cerek milik mangsa yang dikatakan dicuri seorang lelaki bernama Farid dua hari yang lalu.

Katanya, polis menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian itu pada jam 5.35 petang.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan ingin mencari Farid untuk berbincang tentang kecurian burung tersebut.

“Mangsa datang ke tempat kejadian iaitu rumah seorang rakan Farid kerana Farid dikatakan sering melepak di situ, tetapi Farid tidak ada di tempat kejadian,”

Menurut beliau, berlaku pergaduhan antara mereka menyebabkan tiga lelaki menetak mangsa dengan menggunakan golok dan pedang.

“Akibatnya, mangsa mengalami putus ibu jari tangan kanan, luka di bahagian atas kepala, di bahagian betis kanan dan lutut kiri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Ujar beliau, susulan itu polis giat mengesan tiga lelaki yang terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Ketiga-tiganya dikenalpasti identiti dan usaha mencari mereka sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan parang,” katanya.

Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker