Greenwood selamatkan maruah Manchester United

MASON Greenwood muncul penyelamat Manchester United setelah jaringannya memastikan gergasi liga Inggeris, Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mengikat Southampton 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer yang tampil dengan momentum positif selepas melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Leeds United di Old Trafford sebelum ini terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan sendiri pemain tengah The Red Devils, Fred pada minit ke-30.

Pelawat yang tersentak dengan jaringan itu cuba menyamakan kedudukan, namun skuad kendalian Ralph Hasenhuttl yang sebelum itu diaibkan Everton

3-1 di Goodison Park dalam aksi pembukaan pada 14 Ogos lalu berjaya mengekang asakan untuk kedudukan 1-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Solskjaer memperkemaskan corak permainan kembali menyaingi The Saints akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil ledakan Greenwood pada minit ke-55.

Keputusan seri itu menyaksikan The Red Devils kini mengumpul empat mata manakala The Saints pula memperolehi satu mata selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.

Greenwood selamatkan maruah Manchester United


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker