PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara



Peralihan kerajaan, pertukaran PM rugikan negara. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengaku pergolakan politik yang menyaksikan siri peralihan kuasa berlaku selepas pilihan raya umum (PRU) lalu hanya merugikan rakyat dan negara.

Menyorot kembali tempoh sepenggal selepas PRU ke-14, katanya, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum terbubarnya parlimen, negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua perdana menteri.

“Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pertama selepas dilantik menerajui negara, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Bera itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan bagi menggantikan posisi Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti.

Sehubungan itu, Ismail menyeru agar segala perebutan kuasa dileraikan.




“Marilah kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.

“Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini,” ujarnya.

Tambahnya, Yang di-Pertuan Agong dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Sebagai rekod pada PRU ke-14 lalu Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan selepas berjaya menumbangkan kerajaan BN yang memerintah sejak merdeka lebih 60 tahun lalu.

Bagaimanapun kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu bertahan selama 22 bulan selepas sebahagian anggota Parlimen Bersatu dan PKR berpaling tadah dengan meninggalkan PH sekali gus menumbangkan gabungan tersebut dari kuasa.




Peralihan kuasa melalui Langkah Sheraton itu kemudiannya mengangkat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri dengan sokongan anggota Parlimen BN dan PAS.

Bagaimanapun pentadbiran Perikatan Nasional itu bertahan hanya 18 bulan apabila Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti di parlimen, sekali gus mendorongnya meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Malaysia sekali lagi mendapat perdana menteri baru tanpa PRU pada semalam dengan terpilihnya Ismail Sabri sebagai pengganti.

Peralihan kerajaan, pertukaran PM rugikan negara


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:




MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Leave a Reply

Your email address will not be published.