‘Sultan Melaka’ Mangkat Akibat Covid-19

‘Sultan Melaka’ Mangkat Dunia Akibat Covid-19

Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’, Noor Jan Tuah dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, hari ini.

Difahamkan, Noor Jan, 64, dari Taman Seri Gombak meninggal dunia kira-kira 8 pagi hari ini.

Kematiannya dimaklumkan aktivis yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menerusi akaun Facebook, hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Selain itu, warganet menggunakan media sosial untuk menyampaikan ucapan takziah atas kematian Noor Jan yang turut diletakkan tanda pagar #covidfighter.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini, petang ini.

Sebelum ini, Noor Jan pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka dan arwah pernah dituduh di Mahkamah Sesyen Air Keroh, Melaka pada 2016 dengan empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah.

Noor Jan didakwa menyamar sebagai Sultan Melaka dengan mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kepada empat lelaki berusia 35 hingga 66 tahun, pada 28 Disember 2013

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, namun pada Julai 2018, Mahkamah Sesyen Air Keroh melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan, namun pada April 2019, Mahkamah Tinggi Melaka mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan Noor Jan.

Keputusan dicapai berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh berhubung empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka dan Mahkamah Rayuan Putrajaya turut mengekal pembebasan Noor Jan pada Januari tahun lalu.-HM

‘Sultan Melaka’ Mangkat Dunia Akibat Covid-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker