Tragedi kepala air: Anjing K-9 kesan bau busuk

Tragedi kepala air: Anjing K-9 kesan bau busuk. Anjing dari Unit K-19 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan bau busuk di kawasan Titi Hayun, hari ini tidak jauh dari lokasi penemuan mayat kedua dan ketiga dalam kejadian kepala air, Rabu lalu.

Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon berkata, bau itu dikesan pada jam 4 petang antara 200 hingga 300 meter dari tapak rumah dusun di kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya dengan bantuan jengkaut untuk mengorek kawasan itu untuk mencari kesan bau berkenaan.



“Anjing K-19 yang kita bawa ini mengesan petanda kemungkinan mangsa kelima berada di kawasan itu.

“Bagaimanapun, usaha pencarian ini menghadapi kesukaran dari segi longgokan batu dan kayu yang besar selain akar yang bertimbun.

“Keupayaan anggota penyelamat untuk melakukan kerja penyelamatan menggunakan tenaga agak terhad dan kita terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengesan kedudukan bau itu.



“Alhamdulillah setakat jam 5 petang ini, cuaca masih elok dan usaha pencarian masih berjalan,” katanya.

Sayani berkata, operasi turut dilakukan untuk mencari mangsa keenam yang masih hilang di kawasan Batu Hampar, di sini.

Terdahulu, Sayani turut melakukan pemantauan di kawasan SAR untuk melihat kerja pencarian yang dilakukan pelbagai agensi termasuk JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, empat ditemukan meninggal dunia, seorang selamat, manakala dua lagi masih hilang



Tragedi kepala air: Anjing K-9 kesan bau busuk

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Telefon bimbit dikembalikan kepada pemilik selepas setahun hilang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker