Salah bakal menjadi ‘legenda’ Liverpool

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp percaya pemain penyerangnya, Mohamed Salah tidak memerlukan motivasi tambahan untuk memecahkan rekod dan mencapai tahap legenda bersama The Reds.

Menurut Klopp, Salah tahu apa yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan dan yakin pemain Mesir itu mampu memecahkan lebih banyak rekod bersama kelab itu.

“Saya tidak perlu memberikannya motivasi. Dia sendiri sudah mengetahuinya dan dia sangat gembira di sini.

“Saya tidak tahu dia memecahkan rekod (pada perlawanan menentang Norwich). Dia selalu bermain dengan sepenuh hati dan apabila berada dalam situasi terbaik dia akan menjaringkan gol.

“Dia mampu menjaringkan lebih banyak gol dan tiada kesangsian mengenai perkara tersebut. Dengan kualiti dimilikinya, dia akan mencipta rekod lain juga.

“Saya juga tidak pernah memberitahu Salah bahawa dia akan menjadi pemain hebat atau legenda di Liverpool. Ia bukan sesuatu yang anda perlu kejar. Jika rekod, ya, tetapi jika menjadi legenda… ia selepas karier anda berakhir. Saya harap dia akan terus berada pada tahap sebaik ini,” katanya.

Salah mencipta sensasi dalam kemenangan 3-0 The Reds ke atas Norwich City pada Ahad minggu lalu dengan menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol sekali gus menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjaringkan gol pada aksi pembukaan untuk lima musim berturut-turut.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 98 gol dalam 159 penampilan di EPL dan dijangka mampu meledak lebih banyak gol bersama Liverpool.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan Tangkap Muat Lagi Pemain Naturalisasi- Dollah Salleh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker