Dah Kantoi Cubaan Ajak Dating Ditolak, Lelaki Ini Cover Line Mengaku Kaya Pulak [VIDEO]

Sebaran :

Dah Kantoi Cubaan Ajak Dating Ditolak, Lelaki Ini Cover Line Mengaku Kaya Pulak [VIDEO]

VIDEO seorang influencer wanita tiba-tiba tular, selepas secara tidak sengaja merakam detik dirinya cuba didekati lelaki di gimnasium yang ingin mengajaknya keluar untuk makan malam.

Sebelum itu, influencer tersebut, Avrey Ovard sedang merakamkan video dirinya sedang bersenam sebelum dihampiri lelaki tidak dikenali itu.

Rakaman itu turut menunjukkan detik memalukan lelaki itu selepas Ovard menolak pelawaannya.

Ovard, 19, memuat naik satu video di TikTok dengan keterangan ‘’LEAVE WOMEN ALONE!!!!’ dan klip berkenaan sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan.

Pada kejadian itu, Ovard sedang memanaskan badan di gymnasium sebelum didekati seorang lelaki berusia 40an itu yang bertanyakan adakah dia sedang merakam video

Lima minit kemudian, lelaki berkenaan sekali lagi mendekatinya sebelum memberitahu yang dia memerlukan fisioterapi untuk memulihkan kecederaan otot koyak sambil menunjukkan ke arah buku lalinya.

Kemudiannya, lelaki itu berkata: “Bila saya boleh bawa kamu keluar. Saya mahu dapatkan nombor telefon untuk makan malam.”

“Oh maaf, saya terlalu muda untuk kamu,” kata Ovard.

VIDEO DIBAWAH:-

@avreyovard

for those who saw my YT vid lmao here’s this …. LEAVE WOMEN ALONE!!!! #gym #gymgirl #PerfectMarcJacobs

♬ original sound – ave

Walaupun Ovard masih tidak percaya apa yang sedang berlaku, lelaki berkenaan pantas membalas yang dia seorang individu kaya

“Saya terlalu kaya buatmu,” demikian respons balas lelaki itu.

Klip video berkenaan mendapat ribuan komen daripada pengguna media sosial.

“Dia mengatakan saya cukup kaya untuk menjadikan dia lebih baik dan dia tidak boleh terima hakikat apabila ajakannya ditolak.

“Hakikatnya, dia (Ovard) mungkin lebih kaya daripada lelaki itu,” antara komen yang diberikan pengguna media sosial. – Mirror

Dah Kantoi Cubaan Ajak Dating Ditolak, Lelaki Ini Cover Line Mengaku Kaya Pulak [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen


Sebaran :

Leave a Reply