Elak Produk Palsu,Hati Hati Beli Alat Oksimeter Nadi

Elak Produk Palsu,Hati Hati Beli Alat Oksimeter Nadi

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa menyelesaikan keraguan dalam kalangan pengguna mengenai harga dan kualiti produk oksimeter nadi yang semakin popular di pasaran.

Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow berkata, pihaknya mendapati produk itu bebas dijual secara online dan di banyak tempat tanpa sekatan oleh mereka yang tidak mengetahui apa-apa mengenai perubatan dan tidak berkelayakan.



Menurut beliau, situasi itu adalah risiko yang besar kepada pengguna dan banyak masalah boleh timbul akibat membeli barang berkaitan perubatan dari kedai yang tidak diketahui.

“Kami menasihatkan pengguna membeli alat pemeriksaan diri ini dengan cadangan doktor yang menjualnya dengan betul di farmasi.

“Dengan membeli melalui talian dan daripada orang yang tidak berpengalaman, alat palsu lebih cenderung dijual dan harganya mungkin lebih tinggi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas beliau, instrumen itu adalah alat elektronik yang mengukur oksigen dan nadi pengguna dan jika jumlah yang ditunjukkan salah disebabkan produk dibeli palsu ia boleh membahayakan nyawa.



Dalam masa sama, beliau menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengawal harga alat ujian kendiri itu memandangkan setiap kedai menjual peranti dengan harga yang berbeza. – K! ONLINE

Elak Produk Palsu,Hati Hati Beli Alat Oksimeter Nadi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV



Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker